Pejabat Lembaga Lada Malaysia (MPB) Cawangan Sibu berperanan untuk menyelia aktiviti industri lada meliputi kawasan Sibu, Mukah dan Kapit (kecuali Belaga).Terdapat pelbagai unit di pejabat cawangan ini dengan peranan dan tanggungjawab utama seperti berikut :
Melaksanakan Program Pembangunan Penanaman Lada dengan mengagihkan input pertanian, perkakasan ladang, dan bantuan infrastruktur ladang.
Melaksanakan aktiviti perdagangan setempat dan di ladang daripada pekebun dan usahawan.
Menganjurkan latihan dan aktiviti pengembangan melalui Kursus Tanaman dan Pengeluaran Lada (KTPL), Pemindahan Teknologi (ToT) dan kursus In-Situ untuk menambahkan pengetahuan pekebun dalam pelbagai aspek teknik penanaman baru khasnya pengurusan ladang lada.
Memberikan sokongan teknikal untuk pemprosesan dan penggredan lada di peringkat ladang untuk menghasilkan lada berkualiti.
Melaksanakan perkhidmatan Kawalan Kualiti, Penggredan dan Makmal.
Melaksanakan perkhidmatan Pemprosesan Kering dan Basah.
Maklumat lanjut:
Alamat: Lot 1152 & 1154, SEDC Industrial Estate, Jalan Teng Kung Suk, 96007, Sibu, Sarawak.
Tel: 084-211059/213837 Fax:084-212033
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.