Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL) Siri 8

Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL) Siri 8 di Sri Aman anjuran bersama Bahagian Perkhidmatan Tanaman dan Pejabat Cawangan MPB Sri Aman pada 28 - 30 Oktober 2025 lalu menjadi antara inisiatif utama MPB untuk melahirkan pengusaha tanaman lada berpengetahuan sekaligus berdinamik sejajar dasar strategik industri lada negara yang menekankan peningkatan produktiviti, kualiti serta penggunaan teknologi moden dalam penanaman dan pemprosesan lada.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan amalan agronomi terbaik, pengurusan penyakit dan perosak, teknik pembiakan bahan tanaman berkualiti serta kaedah pascatuai yang menepati piawaian antarabangsa bagi memperkukuh keupayaan bersaing Lada Malaysia di pasaran global.

Sememangnya menjadi satu kepuasan kepada MPB apabila program dan kursus yang dilaksanakan mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.👏👏
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.