Seminar Promosi Tanaman Lada di Sungai Asap Belada Tahun 2025

18 NOVEMBER 2025 | BELAGA

Lembaga Lada Malaysia (MPB) menganjurkan satu lagi siri program Seminar Promosi Tanaman Lada dan kali ini memilih kawasan Sungai Asap sebagai tumpuan.

Dihadiri seramai hampir 200 orang tetamu merangkumi penggiat industri lada, Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua - Ketua Jabatan dari daerah kecil Sungai Asap, program bersemuka berkonsepkan “Hari Terbuka dan Hari Bersama Pelanggan” seumpama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPB untuk mendekati para penggiat industri lada bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi berkaitan dan komuniti pekebun tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri N. 66 Murum, YB Kennedy Chukpai Ugon berucap semasa hadir menyempurnakan seminar berkata program turun padang khususnya untuk yang jauh di kawasan pedalaman seperti di kawasan Sungai Asap ini amat penting untuk penduduk setempat bagi membolehkan golongan sasar dapat berinteraksi dan memperoleh maklumat berkenaan industri lada secara terus daripada petugas – petugas MPB.

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan dalam program hari ini adalah penjualan keratan lada oleh usahawan keratan lada bimbingan MPB serta pembelian lada oleh anak syarikat MPB iaitu Saraspice Sdn Bhd (SSB).

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berperanan dalam mempromosikan imej positif MPB serta mengukuhkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap peranan yang dilaksanakan oleh MPB.

Turut hadir memberi sokongan dalam program sama ialah Senator Ahli Dewan Negara Malaysia, YB Senator Micheal Mujah Lihan. Manakala MPB telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Florence Sanjan.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.