Program Pemukiman peringkat Bahagian IKL bersama MPB dan LKM

Program Pemukiman peringkat Bahagian IKL bersama MPB dan LKM telah diadakan pada 14 - 16 November 2025 bertempat di Thistle Hotel & Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program selama 3 hari anjuran Bahagian IKL tersebut merupakan platform untuk mengukuhkan kerjasama strategik antara Bahagian IKL dengan MPB dan LKM bagi merangka hala tuju pembangunan industri lada dan koko di bawah RMKe-13.

Sesi perkongsian ilmu melalui penyampaian ceramah turut diadakan semasa program yang bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua pegawai yang hadir untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam pelbagai aspek dari peringkat huluan ke hiliran industri lada dan koko negara.

Antara penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah ialah 2 penceramah dari MRANTI, penceramah dari Insitute of Economic Research (MIER), Dr Khalid Abdul Hamid dan sesi perkongsian ilmu & pengalaman dari YBhg Datuk Ravi Muthayah, mantan KSU, KPK yang bertajuk "Internalisation of LeaderShift".

Penyertaan MPB ke program tersebut diketuai oleh YBrs Tuan Vincent Sawat, Ketua Pengarah MPB, Pn Florence Sanjan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), En. Apoi Wan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), beberapa Pengarah dan
pegawai MPB yang lain.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.