Kunjungan rasmi daripada Bahagian Penjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) ke MPB

Lembaga Lada Malaysia (MPB) menerima kunjungan rasmi daripada Bahagian Penjawatan dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu program lawatan ke tapak fasiliti baharu Stesen Penyelidikan Lapangan (SPL) dan Loji Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) Kuching pada 13 - 14 November 2025.

Mesyuarat bersama JPA ini bertujuan untuk meneliti keperluan tenaga kerja berkemahiran mencukupi untuk operasi, penyelenggaraan dan pemantauan fasiliti baharu MPB bagi menjamin kelancaran operasi semasa dan menyokong pembangunan industri lada pada masa hadapan.

Untuk rekod, penubuhan SPL memfokuskan kepada pengukuhan aktiviti penyelidikan serta pembangunan R&D dan inovasi dalam bidang penanaman lada. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi MPB untuk membangunkan industri lada yang mampan,berdaya saing selaras dengan keperluan pasaran global.

Manakala, pembinaan loji SPEP pula bertujuan merawat efluen perindustrian terhasil daripada pemprosesan lada selaras dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan berkaitan serta menyokong hala tuju negara dalam penerapan ESG khususnya pengurusan sisa, sumber dan kawalan pencemaran.

Pihak JPA dan KPK turut merakamkan penghargaan atas kerjasama MPB dalam berkongsi maklumat teknikal serta cabaran operasi sebenar, yang akan membantu dalam penilaian semula struktur penjawatan dan perancangan pembangunan modal insan.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.