Mesyuarat Penilaian Prestasi dan Perancangan Strategik Tahun 2026

Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah mengadakan Mesyuarat Penilaian Prestasi dan Perancangan Strategik Tahun 2026 pada 24 - 25 November 2025 lalu dengan penglibatan oleh Ketua - Ketua Bahagian, Ketua - Ketua Pejabat Cawangan, Pengurus Projek dan Pegawai P&P MPB.

Mesyuarat selama dua hari tersebut menjurus kepada perbincangan dan perancangan awal pelaksanaan bagi beberapa program serta projek MPB yang telah diluluskan bagi tahun 2026 dibawah rolling plan pertama(RP1 RMK-13). Persediaan ini merangkumi penyediaan hala tuju program serta projek dalam memastikan pra-pelaksanaan program serta projek dapat dilaksanakan secara efektif dan seterusnya memberi manfaat kepada organisasi serta industri lada.

Mesyuarat telah dipimpin oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat dan turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada (IKL) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Encik Cheah Chee Fong dan Penolong Setiausaha Kanan IKL, Puan Mass Ayu Haslinda.

Berucap semas sesi rumusan di penghujung mesyuarat, Ketua Pengarah MPB menegaskan bahawa perancangan sistematik berasaskan indikator prestasi yang jelas serta diperkukuh dengan sinergi kerjasama rentas bahagian merupakan elemen penting dalam menggerakkan usaha ke arah kemampanan industri lada.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.