Perhimpunan Bulanan MPB Bil 1 2026

8 Januari 2026 | Kuching Sarawak

Majlis Perhimpunan Bulanan Lembaga Lada Malaysia (MPB) bagi bulan Januari telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini.

Bertempat di Kuching, Sarawak, majlis ini menghimpunkan Warga Kerja MPB secara fizikal dan turut disertai Pengarah-Pengarah dan Ketua - Ketua dari Pejabat Wilayah serta Pejabat Cawangan seluruh Malaysia serta barisan pengurusan anak syarikat Saraspice Sdn Bhd (SSB).

Antara intipati utama yang diketengahkan ialah amanat daripada Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat berkaitan hala tuju strategik industri lada di bawah Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMKe-13) disamping mengimbau kejayaan sepanjang tahun lalu.

Tambah beliau, warga MPB juga harus sentiasa memperbaharui proses kerja semasa bagi mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian MPB kepada golongan sasar yang menjadi tunjang utama industri lada terutamanya yang berada di kawasan pinggir bandar atau pedalaman. Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan untuk mengekalkan hubungan kerjasama harmoni antara MPB, SSB dan penggiat industri bagi memastikan kelancaran keseluruhan rantaian ekosistem industri lada.

Dalam majlis yang sama, Ketua Pengarah MPB turut menggunakan kesempatan tersebut untuk merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad selaku Menteri Perladangan dan Komoditi dan YB Dato' Sri Huang Tiong Sii selaku Timbalan Menteri Perladangan Komoditi berkuatkuasa 17 Disember 2025. Penghargaan juga diucapkan kepada mantan Menteri KPK, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta mantan Timbalan Menteri KPK, YB Datuk Chan Foong Hin atas sumbangan dan jasa bakti dalam pembangunan industri lada negara.

Turut hadir menjayakan majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Florence Sanjan dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Apoi Wan.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.