Kunjungan Hormat Vox Trading Co. Ltd dan House Foods ke MPB

KERJASAMA STRATEGIK PACU KEDUDUKAN LADA MALAYSIA DI PASARAN GLOBAL
Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Vincent Sawat telah menerima kunjungan hormat daripada Vox Trading Co. Ltd dan House Foods pada 23 Januari 2026 bertempat di Ibu pejabat MPB ,Kuching Sarawak.
Kunjungan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dagangan disamping memperkukuhkan pasaran produk lada negara. Sesi turut disertai pihak SaraSpice Sdn Bhd bagi memperkukuhkan kerjasama dagangan strategik antara semua pihak dalam promosi dan pemasaran produk berasaskan lada di pasaran Jepun.
Dalam kunjungan sama, lawatan ke kilang pemprosesan lada serta bahagian R&D turut dilakukan bagi memberikan gambaran yang lebih meluas mengenai proses penghasilan lada yang bermutu serta perkongsian maklumat berkenaan spesifikasi produk untuk pasaran di negara terbabit.
Vox Trading dan House Foods telah diwakili oleh Encik Takushi Iio, Encik Keizo Hirose dan Encik Yusuke Horiuchi manakala MPB turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Florence Sanjan dan pegawai-pegawai kanan MPB serta wakil Saraspice Sdn Bhd.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.