Majlis Perhimpunan Lembaga Lada Malaysia (MPB) Peringkat Pejabat Wilayah Sarawak

Penganjuran Majlis Perhimpunan Lembaga Lada Malaysia (MPB) Peringkat Pejabat Wilayah Sarawak melibatkan warga kerja MPB Sarikei, Bintangor, Sibu dan Betong pada 4 Februari 2026 di Pejabat Cawangan MPB Sarikei.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Apoi Wan telah mewakili Ketua Pengarah MPB hadir ke majlis ini sekaligus menyampaikan amanat pengurusan kepada warga kerja MPB di peringkat cawangan, berkongsi maklumat terkini organisasi dan industri serta refleksi pencapaian MPB sepanjang tahun 2025.
Dalam amanat tersebut juga, beliau turut mengajak semua pegawai dan kakitangan MPB khususnya di Pejabat - Pejabat Cawangan untuk kekal berprestasi cemerlang dan sentiasa bersikap profesional dalam tugas masing - masing.
Majlis diakhiri dengan sesi pengenalan dan suai kenal kakitangan lantikan baharu yang ditempatkan di pejabat cawangan MPB.
Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Wilayah Sarawak, Encik Roland Le serta Ketua - Ketua Pejabat Cawangan MPB.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.