Program Budi Agrikomoditi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) 2026

15 FEBRUARI 2026 | JOHOR

Lembaga Lada Malaysia (MPB) bersama rakan - rakan agensi telah menjayakan Program Budi Agrikomoditi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) 2026 di Dewan Serbaguna Taman Sri Sulong, hari ini.

Penyertaan MPB kali ini meliputi aktiviti pameran perkhidmatan dan perkongsian maklumat berkaitan sektor huluan dan hiliran lada serta insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada penggiat industri, promosi Program Kemampanan Penanaman Lada Malaysia dan Program Peluasan Kawasan Penanaman Lada Negeri Johor.

Reruai MPB turut disertai tiga usahawan di bawah bimbingan MPB iaitu Kohajj Trading & Services, Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn Bhd dan TBJ Agro Nusantara bagi mengadakan pameran dan promosi jualan produk keluaran syarikat masing-masing.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof. Pasukan MPB telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Apoi Wan mewakili Ketua Pengarah.

MPB mengucapkan terima kasih kepada semua penggiat industri lada dari kawasan setempat yang telah hadir bagi memeriahkan sekaligus menyokong program ini.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.