Let’s Wok Together Culinary Competition 2026

𝗬𝗮𝗵𝗼𝘀 𝗔𝗻𝗷𝘂𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗻𝗮𝗿𝗶, 𝗧𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮

Yahos School of Skills Kuching dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Saraspice Sdn Bhd (SSB) telah berjaya menganjurkan Let’s Wok Together Culinary Competition 2026 pada 13 Februari 2026 lalu sekaligus menarik penyertaan seramai 26 orang pelajar yang membentuk 13 pasukan, berentap penuh aksi dan mempamerkan teknik profesional masing-masing bagi menghasilkan hidangan "wok-based Malaysian and Asian cuisine".

Namun, hidangan Malaysia atau Asia pastinya tidak akan lengkap tanpa kehangatan rasa Lada sebagai penambah perisa. Maka setiap pasukan telah menggunakan produk - produk lada tajaan SSB untuk pertandingan kali ini.

Program seumpama ini merupakan langkah promosi strategik antara agensi kerajaan, syarikat swasta dan institusi pendidikan TVET untuk memperkenalkan Lada Malaysia kepada orang awam terutamanya dalam kalangan belia tempatan yang berkecimpung aktif dalam sektor kulinari mahupun dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Syabas kepada semua pasukan yang telah memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjayakan Let’s Wok Together Culinary Competition 2026 !
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.