8 MAC 2026 | Batu Pahat, Johor
Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti agrikomoditi, dianjurkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia yang berlangsung di Batu Pahat, Johor telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.
Melalui ucapannya, YB Menteri menzahirkan penghargaan kepada para pekebun kecil yang menjadi tulang belakang sektor agrikomoditi serta menjelaskan pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan termasuk bantuan BUDI Agri Komoditi bagi membantu meringankan kos operasi pekebun kecil.
Selain itu, para tetamu hari ini berpeluang untuk mengunjungi reruai pameran produk koko dan lada bagi mendapatkan maklumat mengenai hasil penyelidikan dan pembangunan serta program sokongan bagi pengusaha sektor agrikomoditi.
Di majlis ini juga, YB Menteri berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan dalam usaha menyemarakkan amalan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan ini.











