Program Lawatan Kerja Rasmi Menteri KPK ke Kebun Lada di Parit Bisu, Batu Pahat, Johor

7 MAC 2026 | Batu Pahat, Johor

Lembaga Lada Malaysia (MPB) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi atas kunjungan beliau ke Kebun Lada di Parit Bisu, Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 2026.

Lawatan ini memberi ruang kepada YB Menteri untuk mengenali komoditi lada secara dekat disamping menjadi peluang kepada beliau untuk mendengar pandangan dan maklum balas daripada pemilik kebun, Hj. Cholan bin Taib serta pengusaha - pengusaha tanaman lada dari kawasan setempat yang turut sama hadir memberi sokongan kepada program ini.

Antara lain, YB Menteri juga turut ditunjukkan penggunaan alat tani pemprosesan lada di peringkat ladang iaitu pelerai lada dan spiral separator yang merupakan salah satu komponen bantuan di bawah Skim Bantuan Tanaman Lada.

Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Dato' Yusran Shah Mohd Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), YBhg. Dato' Razali bin Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan), YBrs. Tn. Hj. Shafie bin Taib; Ketua - Ketua Pengarah Agensi, Barisan Setiausaha Bahagian, Pegawai-pegawai Kementerian serta Wakil Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.