Aktiviti turun padang oleh Pengarah Wilayah Sarawak bersama pasukan Pejabat Cawangan MPB Sri Aman ke kebun lada di kawasan DUN Batang Ai dan DUN Simanggang

Komitmen untuk terus mendekati komuniti pekebun lada diteruskan dengan aktiviti turun padang oleh Pengarah Wilayah Sarawak bersama pasukan Pejabat Cawangan MPB Sri Aman ke kebun lada di kawasan DUN Batang Ai dan DUN Simanggang baru-baru ini.

Aktiviti ini dilaksanakan bagi meninjau keadaan kebun lada di lapangan, disamping untuk bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan para pekebun bagi memahami cabaran serta perkembangan terkini industri lada di kawasan tersebut.

Seterusnya, sesi randau dalam suasana santai bersama pekebun dari Rumah Anam, Bila Antu Ili, Lemanak menjadi ruang untuk MPB berkongsi info mengenai skop inisiatif pembangunan industri lada di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) iaitu Penanaman Lada Premium (PLP) dan Pengurusan Tanaman Lada Matang (PTLM).

Interaksi seperti ini mencerminkan komitmen berterusan MPB dalam mendekati pekebun serta memastikan pembangunan industri lada terus berkembang seiring dengan keperluan komuniti di lapangan.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.