Food Show Malaysia 2026

𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐬 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐋𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐒𝐡𝐨𝐰 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
🗓️ 14–16 April 2026
📍 World Trade Centre Kuala Lumpur

Tiga usahawanita hiliran lada menyertai pameran bersama Lembaga Lada Malaysia (MPB) sempena Food Show Malaysia 2026 dalam usaha mempromosikan kepelbagaian serta keunikan produk berasaskan lada kepada pemain industri di peringkat domestik dan antarabangsa sepanjang penganjuran acara ini.

Food Show Malaysia 2026 merupakan platform perdagangan strategik yang menghimpunkan pemain industri makanan dan minuman (F&B) serta berperanan sebagai pemangkin pengembangan pasaran melalui akses kepada rangkaian pembeli, pengedar dan pelabur dalam ekosistem kulinari Asia, khususnya Malaysia.

Penyertaan MPB bersama usahawan bimbingannya mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan 𝑣𝑖𝑠𝑖𝑏𝑖𝑙𝑖𝑡𝑦 produk lada tempatan serta memperluas capaian pasaran melalui penawaran produk hiliran bernilai tambah. Selain itu, platform ini turut dimanfaatkan untuk mengenal pasti peluang kerjasama strategik dengan rakan industri, selaras dengan usaha memperkukuh daya saing usahawan lada tempatan agar kekal relevan dalam landskap pasaran yang semakin dinamik.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.