𝐌𝐏𝐁 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐣𝐢𝐧𝐨𝐦𝐨𝐭𝐨 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐋𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡
Lembaga Lada Malaysia (MPB) pada 09 April 2026 lalu telah menerima kunjungan daripada Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Yong Kum Cheng.
Lawatan pada kali ini adalah bertujuan untuk memperhalusi skop kerjasama antara kedua-dua pihak, susulan daripada lawatan awal yang telah diadakan pada tahun sebelumnya. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pembangunan produk lada hitam bernilai tambah yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Turut diadakan juga mesyuarat kolaborasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Florence Sanjan. Perbincangan memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam pembangunan produk lada hitam bernilai tambah berasaskan teknologi inovatif.
Inisiatif ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada komuniti pengusaha tanaman lada serta berupaya memperkasa pembangunan industri lada negara.











