BPAL Siri 3 pada minggu lalu telah menghimpunkan seramai 38 orang peserta merangkumi Negeri Johor Bahru, Selangor, Pahang, Melaka, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur.
Sepanjang latihan berlangsung, pengetahuan para peserta diperkasa menerusi perkongsian ilmu daripada institusi pakar seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Agrobank, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Bank Islam, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).
Penganjuran latihan yang menjadi skop penting di bawah Program Keusahawanan dan Pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Industri Lada dalam RMKe-13 ini adalah seiring dengan usaha untuk melahirkan usahawan hiliran lada berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan.











