Majlis Peluncuran Skuad Agrikomoditi

πŸ—“οΈ 7 Mei 2026
πŸ“ Bangi, Selangor

Lembaga Lada Malaysia (MPB) menyertai pameran sempena Majlis Peluncuran Skuad Agrikomoditi yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Sawit, Malaysian Palm Oil Board - MPOB sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh transformasi sektor agrikomoditi negara melalui penglibatan generasi muda.

Inisiatif Skuad Agrikomoditi merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi dalam memperkenalkan pendekatan lebih progresif dan lestari kepada sektor agrikomoditi menerusi penerapan konsep 3S iaitu π‘Ίπ’Œπ’Šπ’π’π’”, π‘Ίπ’–π’”π’•π’‚π’Šπ’π’‚π’ƒπ’π’† dan π‘Ίπ’‚π’‡π’†π’•π’š.

Sepanjang pameran berlangsung, MPB mengetengahkan pelbagai informasi berkaitan industri lada negara meningkatkan kesedaran serta minat pengunjung terhadap potensi industri lada.

Turut memeriahkan ruang pameran ialah penglibatan pemain industri lada tempatan seperti Saraspice, Puhus Pepper Plantation dan Pepper Spice Sdn. Bhd. yang mempromosikan pelbagai produk berasaskan lada kepada para pengunjung.

Ketua Pengarah, YBrs. Encik Vincent Sawat turut hadir bagi menyatakan komitmen berterusan MPB dalam menyokong aspirasi Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk memperkukuh sektor agrikomoditi negara secara inklusif dan mampan.
 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright Β© Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.