Seramai 34 peserta dari kawasan Tambunan, Kota Marudu dan Tuaran telah mengikuti Kursus Teknologi Penanaman dan Penyelenggaraan Lada (KTPPL) Siri 1/2026 yang merangkumi sesi teori dan latihan praktikal berkaitan amalan penanaman lada moden dan mampan.
Antara pengisian utama termasuk teknik penyelenggaraan tanaman, penghasilan baja foliar dan baja organik secara kos efektif, pengurusan perosak dan penyakit serta latihan amali di kebun.
KTPPL, yang sebelum ini dikenali dengan nama Kursus Teknologi Penanaman Lada (KTPL) merupakan antara inisiatif berterusan MPB dalam memperluaskan pembangunan tanaman lada di Sabah selain membantu meningkatkan kompetensi pekebun menerusi pemindahan teknologi dan pengetahuan terkini berkaitan industri.











