Memupuk minat masyarakat terhadap aktiviti pertanian khususnya penanaman lada bukan perkara mudah, namun usaha tersebut terus giat diperkasa.
Perkara ini dapat dilihat menerusi sambutan positif daripada 30 orang peserta yang telah menyertai Dialog Penanaman Lada Siri 4/2026 anjuran Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia pada 6 Mei 2026 di Bukit Tenggara, Kota Tinggi, Johor.
Sesi dialog ini membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju industri lada termasuk peluang penyertaan di bawah Skim Tanaman Lada Baharu Johor Tahun 2026.
Pelbagai perkongsian turut diadakan merangkumi asas penanaman lada, inisiatif pembangunan industri, program sokongan MPB serta potensi komoditi lada sebagai sumber pendapatan yang berdaya maju.











