Johor Bahru, Johor
Usaha memperluas pembangunan industri lada di Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Johor mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada Kerajaan Negeri, malah turut mendapat sambutan daripada golongan sasar berpotensi di kawasan sekitarnya.
Perkara ini jelas dipamerkan menerusi reaksi dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta semasa sesi pembelajaran dalam kelas dan di lapangan sepanjang Kursus Teknologi Penanaman dan Penyelenggaraan Lada (KTPPL) Siri 2/2026 berlangsung pada minggu lalu.
Selain memberi penekanan terhadap aspek kemahiran, kursus tersebut turut berperanan sebagai medium pemindahan teknologi dan perkongsian amalan pertanian baik kepada pengusaha tanaman lada sebagai persediaan menghadapi cabaran semasa dalam industri lada.











