12-14 JUN 2026 | Pakan, Sarikei
𝐏𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔
Suasana reruai MPB di Pakan Agrofest
Suasana cukup meriah dan gamat dengan kehadiran para pengunjung ke reruai MPB. Ramai menunjukkan minat terhadap pelbagai pameran informasi, inovasi dan teknologi berkaitan industri lada yang dipamerkan.
Selain itu, Kuiz Lada turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Melalui aktiviti interaktif ini, para pengunjung bukan sahaja berpeluang menguji pengetahuan, malah dapat menambah ilmu serta mengenali industri lada tempatan dengan lebih dekat. .











