Kunjungan hormat daripada Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (SPSB)

📝 14 Julai 2026
📍 Kuching, Sarawak
 
YBrs. Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Sinergi Perdana Sdn. Bhd. (SPSB) yang diketuai oleh Encik Mahmud bin Epah, Pengerusi Sinergi Perdana Sdn. Bhd.
 
Semasa kunjungan hormat tersebut beliau diiringi oleh Encik Shazwan Mazly bin Mazlan, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Fahrul Razi Ibrahim, Ketua Jabatan Korporat & Sumber Manusia, Encik Abdul Azim Abdul Salim, Ketua Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan dan Encik Senior Rade, PA Pengerusi.
 
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan SPSB yang merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh RISDA Holdings Sdn. Bhd. di mana SPSB terlibat dalam pembuatan dan pembekalan baja, input pertanian bagi memenuhi keperluan industri pertanian dan perladangan di seluruh Malaysia.
 
Turut menyertai Ketua Pengarah dalam perjumpaan sama ialah Puan Florence Sanjan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Encik William Sze, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Tanaman dan Encik Basil Linang, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pasaran.

 

 logo en KSN KPK2 sawit get timber tembakau koko IPC doa Links IIM Saraspicelogo

Contact Us

Malaysian Pepper Board
Lot 1115, Jalan Utama, 93450, Kuching, Sarawak
Tel       : +60 82 527600 | +60 82 331811 Fax :+60 82 336877
Email  : info@mpb.gov.my
Copyright © Malaysian Pepper Board (MPB)
Visitor :
Latest Update On :

The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site.
Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.