22 Mac 2023 | Sri Aman, Sarawak
Menelusuri perjalanan selama 2 jam lebih menggunakan pengangkutan darat dan air (perahu) tidak menjadi penghalang untuk Pejabat MPB Sri Aman meneruskan promosi aktiviti pendigitalan bersama pengusaha tanaman lada di Rumah Andah, Nanga Sumpa, Delok, Batang Ai, Sri Aman.
Seperti aktiviti yang dilaksanakan oleh pejabat-pejabat Cawangan yang lain, penyelia kawasan MPB Sri Aman turut berkongsi mengenai aplikasi-aplikasi penasihatan mudah alih seperti DR. LADA, NutriLada dan LadaGo serta Sistem Permohonan Skim Bantuan Tanaman Lada dalam talian yang telah dibangunkan oleh MPB.
Pembangunan aplikasi dan sistem tersebut merupakan antara usaha penambahbaikan perkhidmatan oleh MPB bagi memastikan golongan sasar terus mendapat akses yang sewajarnya ke atas maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa mengira situasi dan masa.