31 Mac 2023 | Serian, Sarawak
Peluang menyantuni penggiat industri lada di Bahagian Serian tidak disia-siakan oleh Pejabat Wilayah Sarawak dan Pejabat MPB Serian dengan mengadakan satu sesi TOT pendigitalan MPB, semalam. Program yang berlangsung di Kampung Engkeroh, Serian tersebut telah dihadiri seramai 60 orang peserta yang merupakan penggiat industri lada dari pelbagai lapisan umur.
Kesempatan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempromosikan Sistem Permohonan Bantuan Tanaman Lada Online serta mendedahkan para peserta dengan kaedah pantas untuk mengenalpasti jenis penyakit dan serangga perosak tanaman lada serta masalah nutrisi tanaman lada yang dapat diakses melalui aplikasi penasihatan mudah alih DR.LADA 2.0, NutriLada dan LadaGo.
Para peserta turut diberikan penerangan serba sedikit mengenai senario pasaran lada pada masa kini.