dewi77
Bengkel Agropreneur Lada Siri 1 Tahun 2023 - MPB

Bengkel Agropreneur Lada Siri 1 Tahun 2023

Bengkel Agropreneur Lada Siri 1 Tahun 2023 dilaksanakan pada 11 - 14 April di salah sebuah hotel di Sibu, Sarawak.

Seramai 28 orang peserta dari Sibu, Sarikei dan Bintangor yang terlibat telah diberikan penerangan dan perkongsian mengenai topik - topik berkaitan keusahawanan lada dalam sektor hiliran seperti kaedah pendaftaran perniagaan, teknik pemasaran yang berkesan serta insentif yang disediakan oleh Kerajaan melalui MPB bagi membantu para usahawan hiliran lada yang berminat.

Selain menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam kalangan pegawai dalaman, MPB turut bekerjasama dan menjemput penceramah dari agensi dan institusi luar seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), University of Technology Sarawak (UTS) dan Agrobank.

Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pejabat Cawangan Sibu, Encik Roland Le.