Bengkel Agropreneur Lada Siri 2Tahun 202 dilaksanakan pada 9 - 11 Mei di salah sebuah hotel di Miri, Sarawak.
Seramai 20 orang peserta yang terlibat telah diberikan penerangan dan perkongsian mengenai topik - topik berkaitan keusahawanan lada dalam sektor hiliran seperti kaedah pendaftaran perniagaan, teknik pemasaran yang berkesan serta insentif yang disediakan oleh Kerajaan melalui MPB bagi membantu para usahawan hiliran lada yang berminat.
Selain menggunakan khidmat tenaga pengajar dalam kalangan pegawai dalaman, MPB turut bekerjasama dan menjemput penceramah dari agensi dan institusi luar seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), University of Technology Sarawak (UTS) dan Agrobank.
Penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pejabat Cawangan Miri, Encik Adrian Heath Jihap.