30 Jun 2023 | Kuching, Sarawak
Satu taklimat berkenaan eskport lada Sarawak oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah diadakan pada sebelah pagi hari ini yang telah dihadiri oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) dan Jabatan Pertanian Sarawak.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik MPB, Puan Florence Sanjan. Turut hadir sama untuk berkongsi pandangan dan saranan dalam perbincangan tersebut adalah Setiausaha Tetap M-FICORD, Tuan Sirai Daha.