12 Jun 2024 | Kuching, Sarawak
SYABAS DAN TAHNIAH! ![]()
Letih namun menyeronokan. Begitulah antara gambaran aktiviti team building sempena Kursus Pengukuhan Pasukan Lembaga Lada Malaysia (MPB) anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan MPB.
Berkampung selama tiga hari di Sumiran Eco Park & Resort Kuching bermula 10 hingga 12 Jun 2024, seramai 39 orang Pegawai Pengembangan MPB dari Pejabat Cawangan dan Wilayah di seluruh Malaysia telah menyertai kursus ini dengan jayanya.
Selain sesi ceramah, turut diselitkan jua aktiviti - aktiviti riadah yang menguji tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan mental serta menguji semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
Penganjuran kursus ini antara lain bertujuan untuk :-
Ketua Pengarah MPB melalui ucapan penutupan kursus yang dibacakan oleh Pengarah Kanan MPB, Puan Florence Sanjan telah menekankan kepentingan kerjasama sebagai satu pasukan dalam mencapai visi dan misi organisasi secara kolektif.
MPB selaku penganjur merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dalam menjayakan kursus ini Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi).