Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 6 Tahun 2024
Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 6 Tahun 2024
Dilaksanakan di Johor Bahru pada 24 - 26 Jun 2024 yang melibatkan seramai 29 orang peserta sebagai usaha ke arah melahirkan lebih ramai usahawan hiliran lada yang menghasilkan produk lada untuk dipasarkan.

Silibus kursus merangkumi topik berkaitan prosedur pendaftaran perniagaan; penyediaan rancangan perniagaan; strategi pemasaran dan promosi produk; penentuan jenis dan teknik pembungkusan mengikut produk; jenis -
jenis pembiayaan serta perkongsian kisah kejayaan oleh usahawan hiliran berjaya.