Dua hari lepas iaitu pada 9 Julai 2024, Pejabat MPB Wilayah Sabah turut tidak ketinggalan untuk turun padang dan bertemu dengan Ketua Masyarakat mewakili beberapa buah kampung dari daerah Papar dalam satu sesi dialog yang diadakan di Pejabat Daerah Papar, Sabah.
Sesi ini merupakan antara usaha pihak MPB untuk mempromosi dan memperluas kawasan tanaman lada di Sabah.
Penyelia kawasan yang juga mewakili Ketua Pejabat MPB Wilayah Sabah telah memberikan taklimat dan pendedahan kepada para peserta mengenai prospek tanaman lada.
Turut diterangkan juga mengenai skim bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan melalui MPB bagi menggalakkan penyertaan golongan sasar yang berpotensi untuk mengusahakan tanaman lada sebagai sumber pendapatan keluarga serta bagi menampung keperluan semasa.
MPB juga berpeluang mendengar pandangan dan maklum balas daripada para peserta melalui sesi seumpama ini.