KTTLKSG 22 APRIL 2025 | LUNDU

Sekitar tiga hari lalu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah menerima undangan daripada Jabatan Pertanian Sarawak dan Pejabat Pertanian Daerah Lundu untuk menyampaikan b
eberapa topik ceramah berkaitan komoditi lada, prospek dan program pembangunan huluan industri lada di bawah MPB sempena Kursus Teknologi Tanaman Lada, Kelapa Sawit dan Getah anjuran pejabat tersebut.

Kursus ini telah disertai seramai 70 orang pengusaha komoditi dari kawasan setempat.

Di pihak MPB, ceramah telah dibimbing oleh wakil dari Pejabat Wilayah Sarawak, Encik Roswandi Sulaiman. MPB mendapat respon yang positif daripada peserta dan mengharapkan agar kursus seumpamanya dapat diteruskan di masa hadapan.