6 Ogos 2025 | Gua Musang, Kelantan
Siri ke-7 Dialog Penanaman Lada kendalian Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 5 Ogos 2025 di Pusat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang, Kelantan sebagai meneruskan agenda kemampanan industri lada negara.
Peserta terlibat adalah seramai 22 orang dan kesemuanya telah diberikan taklimat mengenai potensi serta prospek tanaman lada sebagai tanaman alternatif untuk menjana pendapatan tambahan.
Pegawai MPB turut berkongsikan topik berkaitan skim bantuan tanaman lada yang disediakan oleh Kerajaan dan kaedah permohonannya.