Kursus Pengeluaran Keratan Lada Siri 3/2025 di Wilayah Sabah pada 27 - 29 Ogos 2025 lalu. Para peserta seramai 18 orang yang terlibat merupakan pengusaha tanaman lada dari daerah Tambunan dan Kota Belud.
Latihan anjuran Bahagian Perkhidmatan Tanaman dengan kerjasama Pejabat Wilayah Sabah ini menekankan aspek pembangunan modal insan pekebun lada dalam aspek penghasilan keratan lada berkualiti.
Menerusi penguasaan pengetahuan dan teknik yang disyorkan, pekebun dapat meningkatkan tahap keberkesanan amalan pertanian mereka sekaligus menjamin pengeluaran bahan tanaman yang lebih produktif bagi memenuhi keperluan industri.