dewi77
Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 1 2022 - MPB

Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 1 2022

Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada kembali lagi pada tahun ini dengan penganjuran pertama dilaksanakan pada 7 sehingga 10 Jun 2022 yang lalu bertempat di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman
Seramai 20 orang peserta dari Sri Aman dan Betong telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) melalui Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan ini dengan kerjasama Pejabat Cawangan MPB Sri Aman.
Sepertimana pada tahun sebelumnya, kursus ini merupakan antara inisiatif yang dilaksanakan oleh MPB yang bertujuan untuk membangunkan dan meningkatkan penglibatan pengusaha tanaman lada bagi menceburi bidang keusahawan hiliran lada melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu serta bimbingan daripada pakar.
Selain itu, pelaksanaan kursus siri pertama ini turut melibatkan kerjasama daripada organisasi luar seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kolej Komuniti Betong, Agrobank, dan Saraspice Sdn. Bhd. serta turut menggunakan khidmat Pegawai MPB bagi menyampaikan taklimat dan perkongsian ilmu.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ketua Pejabat Cawangan MPB Sri Aman, Encik Norseman bin Sharkawi.