dewi77
Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 2 2022 - MPB

Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 2 2022

Pada 13 hingga 16 Jun 2022 yang lalu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) melalui Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan dengan kerjasama Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 2 dan Bengkel Pemerkasaan Usahawan Hiliran Lada Siri 1 bertempat di Hotel Impiana, Ipoh, Perak.
Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Siri 2 yang disertai seramai 23 orang peserta dari Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perak) dan Zon Pantai Timur (Terengganu, Kelantan) adalah bertujuan untuk membangunkan dan meningkatkan penglibatan pengusaha tanaman lada bagi menceburi bidang keusahawan hiliran lada melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu serta bimbingan daripada pakar.
Sementara itu, peserta Bengkel Pemerkasaan Usahawan Hiliran Lada Siri 1 pula adalah terdiri daripada 12 orang peserta yang merangkumi usahawan bimbingan MPB serta bakal usahawan baru yang diperkasakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan pemasaran secara lebih berkesan melalui program latihan, lawatan, bimbingan berterusan dan sebagainya.
Selain menggunakan khidmat pegawai dalaman, MPB turut menjemput penceramah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Agrobank, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak serta Kolej Komuniti Chenderoh, Perak untuk berkongsi ilmu sepanjang sesi pembelajaran tersebut berlangsung.
Majlis penutupan bagi kedua – dua kursus telah diadakan serentak dan disempurnakan oleh Pengarah Wilayah Pejabat Semenanjung Malaysia, Encik Nelson Fu.