12 Ogos 2022 | Kuching, Sarawak
Sepanjang dua hari yang lalu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Strategik MPB-DAKN 2030 Sektor Lada yang berlangsung di Hotel Raia, Kuching, Sarawak.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MPB Puan Jenny George dalam ucapan beliau semasa permulaan bengkel menzahirkan harapan agar semua pihak yang terlibat akan dapat memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan lima teras DAKN 2030 dan strategi-strategi yang telah disusun atur bagi mencapai kesemua indikator yang telah ditetapkan.
Sementara itu, Pengerusi MPB Tuan Haji Baharuddin bin Dato Mokhsen yang turut hadir menyempurnakan penutupan program tersebut juga berharap agar segala input perbincangan yang dilontarkan sepanjang dua hari sesi percambahan ilmu tersebut berlangsung akan dapat diterjemahkan dalam setiap projek yang telah direncanakan.
Bengkel ini telah disertai seramai 56 orang pegawai MPB yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah, Ketua - Ketua Pejabat Wilayah serta Ketua - Ketua Pejabat Cawangan MPB.
Hadir sama semasa bengkel ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) MPB Encik Vincent Sawat dan Pegawai dari Bahagian Pembangunan Industri Koko dan Lada KPPK.