dewi77
Program Pengeluaran Lada Premium - MPB

Program Pengeluaran Lada Premium

9 November 2022 | Julau, Sarawak
Lembaga Lada Malaysia (MPB) hari ini selesai mengadakan Program Pengeluaran Lada Premium bertempat di Rumah Suntik, Nanga Kakup, Entabai, Pakan dengan kehadiran peserta dan tetamu dari rumah panjang yang berdekatan.
Program yang disempurnakan oleh Pengerusi MPB, Tuan Haji Baharuddin bin Dato Mokhsen ini disifatkan sebagai satu program jangkauan bagi kumpulan sasar melalui pengisian aktiviti seperti ceramah mengenai sektor huluan dan hiliran lada, pembukaan kaunter pameran perkhidmatan MPB bagi permohonan bantuan serta pameran produk usahawan bimbingan MPB.
Program Pembangunan Pengeluaran Lada Premium (PPLP) merupakan program /projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK-12) yang bertujuan untuk menggalakkan pekebun menghasilkan lada tambah nilai seperti Lada Putih Krim (LPK) dan Lada Berkualiti Eksport (LBE).
Selain kawasan Betong dan Sarikei, Julau juga dilihat sebagai kawasan yang berpotensi untuk penghasilan Lada Putih Krim.
Dan untuk rekod, Rumah Suntik menjadi lokasi pelaksanaan latihan In-situ bagi projek PPLP pada penghujung bulan Jun yang lalu dimana latihan tersebut telah memberi fokus kepada peningkatan kemahiran pekebun dalam penghasilan dan pengeluaran lada premium melalui latihan secara teori dan praktikal di ladang.
Dalam majlis yang sama, Pengerusi MPB berkesempatan menyampaikan beberapa mock voucher kepada 10 orang wakil dari 14 buah rumah panjang yang mewakili 150 orang penerima bagi Skim Tanaman Lada Baru (STLB), Skim Tanaman Lada Matang (STLM), Skim Pembangunan Pengeluaran Lada Premium 2022 dan Bantuan Alat Tani.
Turut hadir memberi sokongan terhadap program anjuran MPB pada hari ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri N48 Meluan, YB Rolland Duat anak Jubin.