Sesi Promosi Tanaman Lada kepada penduduk kampung Mantai Nyalas telah diadakan pada 9 Januari 2023 bertempat di Balai Raya Kampung Mantai Tengah, Nyalas, Melaka
Promosi seumpama ini merupakan inisiatif Lembaga Lada Malaysia (MPB) melalui Pejabat Wilayah Semenanjung Malaysia bagi mengisi kuota Skim Tanaman Lada Baharu 2023 disamping mempergiat usaha MPB bagi memperluas kawasan penanaman lada di wilayah Semenanjung Malaysia.
Seramai 50 orang telah hadir ke sesi tersebut.