18 Januari 2023 | Nyalas, Melaka
Pejabat MPB Wilayah Semenanjung Malaysia telah melaksanakan Sesi TOT Semaian Benih Keratan Lada bersama seramai 30 orang peserta bertempat di Kampung Mantai Nyalas, Melaka.
Sesi tersebut telah dipimpin oleh Penolong Pengarah PWSM, Encik Muhammad Hassan M Salleh dan turut dibantu oleh pegawai pengembangan PWSM, Encik Noor Azmie A Razak.
Pelaksanaan sesi ini adalah sejajar dengan usaha MPB sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk memperluas kawasan tanaman lada di Semenanjung Malaysia disamping berkongsi ilmu dan memberi pendedahan kepada pekebun kecil baru mengenai kaedah penanaman lada yang disyorkan.