17 Jun 2025 | Kuching, Sarawak
Lembaga Lada Malaysia (MPB) hari ini telah menerima kunjungan daripada pegawai – pegawai Ajinomoto (Malaysia) Berhad yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Encik Yong Kum Cheng. Ia merupakan kunjungan balas susulan lawatan MPB ke syarikat tersebut pada bulan lalu.
Dalam pertemuan hari ini, MPB dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad memberi tumpuan terhadap perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya berkaitan teknologi pembangunan produk makanan dan produk bukan makanan yang bukan sahaja inovatif bagi menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa, tetapi juga mematuhi standard piawaian keselamatan makanan yang ditetapkan.
Usaha melonjak kemampanan industri lada yang merangkumi sektor huluan, pertengahan dan hiliran menjadi agenda utama MPB di bawah Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12) dan akan diteruskan pelaksanaannya untuk Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMKe-13) yang akan bermula pada tahun hadapan.











