Mesyuarat Jawatankuasa Kolaborasi Strategik Antara Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Jabatan Pertanian Sarawak yang berlangsung pada 26 Jun 2025 telah membincangkan beberapa aspek potensi kerjasama yang dapat dijalinkan oleh kedua-dua pihak bagi pembangunan industri lada negara.
Antara bidang kolaborasi yang menjadi tumpuan termasuklah berkaitan perkongsian kepakaran dalam bidang penyelidikan, sektor huluan dan hiliran lada serta kerjasama hebahan maklumat kepada golongan sasar khususnya pengusaha tanaman lada.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) MPB, Puan Florence Sanjan. Manakala Jabatan Pertanian Sarawak telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Pembangunan, Encik Gilbert Igi dan disertai oleh Pegawai Pertanian, Encik Carlson Tawi anak Daud dan Pegawai Penyelidik, Encik Stonton Morse anak Jerry Rumpang.











