20 JUN 2025 | JOHOR BAHRU, JOHOR
Negeri Johor telah menjadi lokasi pembuka tirai bagi penganjuran Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL) 2025. Lembaga Lada Malaysia (MPB) melalui Bahagian Perkhidmatan Tanaman dengan kerjasama Pejabat Wilayah Semenanjung Malaysia telah menganjurkan kursus ini pada 17 hingga 20 Jun 2025 dengan penyertaan seramai 40 orang peserta, kesemuanya dari wilayah tersebut.
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan jumlah penanam dan keluasan penanaman lada di wilayah tersebut, penganjuran kursus ini bertujuan untuk membangunkan modal insan khususnya pengusaha tanaman lada yang berkemahiran dan berpengetahuan serta kompeten menerusi silibus kursus yang dipelajari.
Penganjuran kursus ini juga mendorong ke arah usaha bagi menampung keperluan industri lada dan melaksanakan fungsi MPB melalui perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan berkaitan latihan kepada industri lada.











