Siri Lawatan Kerja Rasmi YB Pengerusi MPB ke Pejabat Cawangan MPB di Sarawak.
8
Pihak Lembaga Lada Malaysia (MPB) mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Tuan Anyi Ngau, Pengerusi MPB di atas kesudian beliau untuk mengadakan lawatan kerja rasmi ke beberapa pejabat cawangan MPB di Belaga (Sg. Asap), Bintangor, Sarikei, dan Betong.
Siri lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk meninjau keadaan dan perkembangan operasi beberapa pejabat cawangan MPB di Sarawak.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Encik Vincent Sawat selaku Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Sarawak dan turut disertai oleh Puan Doris Melia Ranggau, Ketua Pejabat Cawangan MPB Betong; Encik Haizora Ridis, Ketua Pejabat Cawangan MPB Sarikei; Encik Garai Entinggie, Ketua Pejabat Cawangan MPB Bintangor serta Encik Sylvester George, Ketua Pejabat Cawangan MPB Belaga (Sg. Asap).
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.