Pengagihan Pelitup Muka dan Pembersih Tangan Kepada Pemegang Taruh Industri Lada
7
2 Mac 2021| Kuching, Sarawak
YB Datuk Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada hari ini telah mengagihkan pelitup muka, pembersih tangan dan poster kepada 10 wakil pemegang taruh industri lada yang terdiri daripada pengeksport, peraih dan usahawan lada sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu COVID-19 anjuran Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Kuching, Sarawak.
Majlis ini merupakan salah satu inisiatif Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bersama agensi-agensi di bawah KPPK bagi mencapai matlamat kempen di seluruh negara iaitu untuk memperkasa usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi.
YB juga turut menyampaikan Sijil Pendaftaran Usahawan Hiliran Lada kepada enam (6) usahawan baru hasil bimbingan MPB, Baucar Bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) PRIHATIN kepada 12 penerima yang merupakan pekebun lada dari bahagian Serian serta seorang pekebun dari daerah Bau juga dibantu di bawah Skim Tanaman Lada Baharu tahun 2021.
Turut hadir pada majlis yang sama ialah YBrs. Encik Philip Gweng, Ketua Pengarah MPB; Encik Othman Sajili, Timbalan Ketua Pengarah Operasi; Encik Baka Riden, Ahli Lembaga Pengarah MPB; Tuan Haji Haya bin Ramba, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Kota Samarahan; serta Encik Tomy Nipu, wakil Lembaga Minyak Sawit Malaysia Sarawak.
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.