Sarikei, Sarawak | 30 Mac 2021
Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan MPB dengan kerjasama Pejabat MPB Wilayah Sarawak dan Pejabat Cawangan MPB Sarikei sebentar tadi telah selesai menganjurkan majlis penyampaian sumbangan pelitup muka dan pembersih tangan serta poster kempen kepada 13 orang usahawan hiliran serta huluan lada dari kawasan Sarikei, Julau, Bintangor dan Sibu sebagai tanda sokongan terhadap kempen pembudayaan norma baharu dalam mengekang penularan wabak COVID-19.
Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah MPB, YBrs. Encik Philip Gaweng ini turut menyaksikan penyampaian Insentif Pembiayaan Mesin berserta Sijil Pendaftaran Usahawan MPB kepada lima (5) orang usahawan huluan dan lapan (8) orang usahawan hiliran lada dari kawasan Sarikei, Julau, Bintangor dan Sibu.
Hal ini membuktikan bahawa MPB komited dalam memantapkan sistem penyampaian melalui program – program bersifat outreach agar semua golongan sasar mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada MPB.
Turut hadir semasa program ini ialah Pengarah Kanan Pejabat Wilayah Sarawak Encik Vincent Sawat dan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan Encik Langgi Chaling.











