Majlis Perhimpunan Bulanan MPB Bilangan 2 Tahun 2021
7
Kuching, Sarawak | 5 April 2021
Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan MPB Bilangan 2 Tahun 2021 yang telah diadakan di Ibu Pejabat MPB, Kuching pagi tadi dengan pematuhan penuh terhadap SOP bagi mengekang penularan COVID-19.
Perhimpunan tersebut bukan sahaja dihadiri oleh semua warga MPB di Kuching, tetapi turut disertai oleh pegawai dan kakitangan MPB di Pejabat - pejabat Wilayah dan Cawangan MPB di seluruh Malaysia secara dalam talian.
Dalam amanat Ketua Pengarah MPB Encik Philip Gaweng, beliau telah menyampaikan beberapa perkara yang merupakan petikan amanat daripada pemimpin serta pegawai tinggi Kerajaan yang berkaitan dengan Perkhidmatan Awam, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta Pembangunan Sektor Industri Lada Negara.
Justeru, beliau menyeru kepada semua warga MPB untuk sama - sama mendukung dan merealisasikan aspirasi tersebut bagi memastikan golongan sasar terus mendapat perkhidmatan yang terbaik.
Dalam majlis yang sama juga, Ketua Pengarah sempat menyampaikan sijil Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti QMS ISO9001:2015 bagi Perkhidmatan Penggredan dan Persijilan Gred Lada Sarawak kepada Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan.
Selain itu, turut disampaikan juga surat watikah kenaikan pangkat dan surat watikah penanggungan kerja kepada beberapa orang pegawai dan kakitangan MPB yang telah diluluskan untuk menerimanya.
Turut diselitkan sesi pengenalan oleh pegawai dan kakitangan lantikan baharu di perkhidmatan MPB.
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.