Program Randau Pemansang Industri Lada di RTM WAIfm (Iban) bersama Pegawai MPB dan Usahawan Lada
3
4 Mei 2021 | Kuching, Sarawak
Hari kedua rakaman Program Randau Pemansang Industri Lada di RTM WAIfm (Iban) bersama Pegawai MPB dan Usahawan Lada yang dikelolakan oleh DJ Edwind Nanggah di studio RTM Kuching sebentar tadi.
Topik yang dibincangkan pada hari ini adalah mengenai Pembangunan Pasaran dan Usahawan Lada yang disampaikan oleh Encik Langgi Chaling, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan MPB; Kisah Kejayaan Usahawan Hiliran Lada MPB iaitu Encik Dickens Mambu, Pengarah Syarikat MDF Global Sdn. Bhd. serta topik Penguatkuasaan Akta dan Peraturan MPB yang disampaikan oleh Encik Gura Langgong, Penolong Pengarah Cawangan Kawal Selia Pasaran MPB.
Program randau ini akan mula disiarkan pada 6 Mei sehingga 15 Mei 2021 hanya di saluran RTM WAIfm (Iban).
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.