Satu sesi "The 10th meeting of IPC Committee on R&D" secara maya pada hari ini telah disertai oleh wakil-wakil dari negara-negara pengeluar lada dunia iaitu Vietnam, Sri Lanka, Indonesia, India, Malaysia, dan Filipina.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Encik Vincent Sawat dan disertai oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pasaran dan Perniagaan Encik Langgi Chaling, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Encik Zehnder Jarroop Augustine Mercer serta tiga orang pegawai penyelidik.
Sebanyak tiga (3) kertas mengenai "Country Paper R&D" dan satu (1) kertas berkenaan "Country Paper on Statistics" telah dibentangkan oleh delegasi Malaysia.
Selain itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan isu - isu mengenai "Pepper sample exchange for traceability study", "Updates on R&D activities", "Pepper production statistics", dan lain-lain.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Executive Director of International Pepper Community Puan Firna Azura Ekaputri Marzuki.
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.