Bengkel Pemantapan Pengetahuan & Kemahiran Ejen Pengembangan
1
Sekitar Bengkel Pemantapan Pengetahuan & Kemahiran Ejen Pengembangan anjuran Bahagian Perkhidmatan Tanaman dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kualiti Lembaga Lada Malaysia yang telah dilaksanakan melalui platform zoom webinar pada 4-5 November 2021.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Encik Vincent Sawat dalam ucapan perasmian beliau berkata bengkel seumpamanya wajar dilaksanakan lebih kerap kerana pegawai pengembangan MPB perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan, informasi serta data yang terkini agar dapat dikongsikan bersama pekebun lada.
Ujarnya lagi, perkongsian tersebut amat penting agar para pekebun lada dapat merasakan setiap perubahan ke arah perkembangan industri lada sentiasa dilaksanakan untuk kebaikan para pekebun lada di Malaysia.
Bengkel ini telah disertai seramai 54 orang pegawai dan kakitangan MPB yang terdiri daripada Pengarah Wilayah, Ketua Pejabat Cawangan dan Penyelia Kawasan.
The Government and Malaysian Pepper Board shall not be liable for any
loss or damage caused by the usage of any information obtained from this
site. Best viewed using Google Chrome & Modzilla Firefox with the resolution of 1920 x 1080.